Wednesday, June 3, 2015

Apakah Itu Maksud Takaful


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua! 

Tujuan saya ciptakan blog ni adalah untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu berkaitan takaful dari segi perspektif saya sendiri. Ini adalah post pertama di sini, jadi, buat mula mari kita lihat dulu apakah maksud Takaful?

Takaful bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun.

Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan. Sebagai contohnya, jika setiap bulan kita mencarum katakan Rm200 sebulan. Di samping kita mencarum untuk perlindungan diri sendiri tiap2 bulan, kita juga bersedekah untuk menolong orang lain! kerana sebahagian dana yang kita sumbangkan setiap bulan tu akan digunakan untuk membantu mereka yang kesusahan.


Sebagai contohnya salah seorang daripada peserta takaful claim utk kemalangan atau pembedahan. kita dapat tolong dia kembali sihat dan kembali bekerja untuk rezeki keluarga dia pula. Sedikit sebanyak pahala tu datang untuk kita. Ermm..syok kan?


Bahkan, bukan saja pahala yang kita dapat, kita juga dapat perlindungan sama dgn mereka juga. Jikalau apa2 terjadi pada kita sama mcm mereka, sudah tentu kita pun akan dapat merasa manfaat macam mereka tadi.. Yang terkesan dari pendapatan kita ternyata pasangan kita, anak2 dan keluarga. Walaupun sakit atau kematian itu tak dapat dibeli, t
api dengan pelan takaful, sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihan anda dalam bentuk pampasan, elaun hospital, mc dan sebagainya. 

Jadi, daripada nilai manfaat caruman RM200 kita tiap2 bulan di AIA PUBLIC TAKAFUL tadi boleh disimpulkan terdapat banyak manfaat yang besar seperti Perlindungan diri sehingga umur 100 tahun, simpanan, pahala, sedekah dan juga pelaburan akhirat. Jika kita  simpan duit tadi di bank, apa yg kita dapat? Hanyalah simpanan semata2 dan mungkin sedikit dividen.

Drpd pengalaman sendiri, sebelum ni saya 0 pengetahuan tentang insurans. Kalau ada orang bercerita tentang insurans je mesti rase cam nak pekakkan telinga. Pastu klu datang org yg pkai suit, hensem, segak dan bergaya ni pn terus lari cepat2.. hehe msti ckp takde kerja lain la tu nak promote insurans la tu..betul tak? 


Akibatnya, memang saya buta tentang insurans sebelum ni. Sebab tu amek insurans pun men hentam je.. Saya tak tahu conventional ke, takaful ke xtau apa2, dana labur kat mana ke, patuh syariah ke tak ke..men ambik je sbb murah, tapi pada masa yg sama taktau perlindungan apa yg diberikan.. hummm. Sedih! Nasihat saya, jangan segera menghukum. Setiap benda ada baik dan buruknya. Lihat, dengar, nilai dan fahami. Jangan cepat melatah ye (^^,)


Skrg Alhamdulillah dah tahu la jugak serba sebanyak..sekarang masa untuk berkongsi dan menimba ilmu dengan lebih baik lagi. Maaf jika ada terkurang, saya insan baru belajar..(^^,)


Nina Aia Public Takaful
011-37112292

No comments:

Post a Comment