Thursday, January 14, 2016

#SALES IDEA 1

Rata rata bila kita (agent) approach seseorang untuk bagi flyers atau bercakap tentang Takaful mesti depa akan cakap tak berminat kan? So, let me share something..

Agent Bijak : Encik, en dah kahwin? Ya atau tak?

Encik Sombong : Ya

Agent Bijak : Adakah encik bersetuju untuk kahwin dengan isteri encik hanya dengan mendengar namanya?

Encik Sombong : Tidak

Agent Bijak : Jadi encik jumpa dia, bersembang dan kenal dengan dia, barulah encik kahwin dengan dia kan? Betul tak en prospek?

Encik Sombong : Ya

Agent Bijak : Jika en prospek kata 'ya' selepas tahu nama dia sahaja, dia mungkin wanita tua atau orang cacat. Atau jika encik prospek kata 'tidak' mungkin en prospek akan menyesal. Dia mungkin seorang yang cantik daripada keluarga kaya. Dua2nya en prospek akan rugi. Apa yang saya cuba sampaikan ialah encik prospek sangat jujur. En prospek memberitahu perkara yang benar iaitu en prospek tidak berminat.

Bagaimana en prospek boleh berminat terhadap sesuatu yang en prospek tidak tahu bagaimana fungsinya? Mari saya tunjuk satu plan yang menarik. Selepas itu, en prospek buatlah keputusan.

Saya tidak menjual Takaful. Saya membantu en prospek untuk mencarum Takaful.En prospek buatlah keputusan sendiri selepas itu. Tolong bagi saya peluang untuk menerangkan bagaimana ia berfungsi en prospek! :)

No comments:

Post a Comment